Peraduan Kami Pasti OK

Body

Peraduan Kami Pasti OK dianjurkan sempena pelancaran perlindungan insurans motorcycle365 Comprehensive Plus. Sertai Peraduan Kami Pasti OK dan anda berpeluang untuk memenangi sebuah motosikal Yamaha Y15ZR bernilai RM10,500! Tunggu apa lagi, jom sertai sekarang!

Terma & Syarat

  1. Peraduan Kami Pasti OK! (“Kempen”) adalah anjuran AmGeneral Insurance Berhad (“AmGeneral”).

  1. Kempen ini bermula dari 8 Julai 2020 sehingga 7 Oktober 2020 termasuk kedua-dua tarikh yang ditentukan dari semasa ke semasa (“Tempoh Kempen”). AmGeneral berhak menamatkan Kempen ini mengikut budi bicara mutlaknya.

Syarat Penyertaan

  1. Untuk menyertai Kempen ini, pelanggan yang membeli atau memperbaharui polisi insurans hendaklah:

    1. Membeli perlindungan insurans motorcycle365 Comprehensive Plus (“Insurans”) semasa Tempoh Kempen ini bermula dari 8 Julai 2020 sehingga 7 Oktober 2020.

    1. Lengkapkan slogan “Kami Pasti OK kerana…” dan hantar butiran-butiran berikut kepada kami dalam Tempoh Kempen ini sebelum 11.59pm pada 7 Oktober 2020 melalui SMS dalam format:

AKUOK”<jarak>“No. KP/Pasport”<jarak> (Lengkapkan slogan dengan tidak melebihi 15 patah perkataan) “Kami Pasti OK kerana…” dan hantarkan ke 66300. Tertakluk kepada kadar SMS standard.

    1. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan yang membeli perlindungan insurans motorcycle365 Comprehensive Plus daripada AmGeneral atau melalui mana-mana wakil AmGeneral yang bertauliah.

    1. Sebarang permohonan dan pembayaran insurans premium hendaklah diterima oleh AmGeneral semasa Tempoh Kempen ini.

    1. Kenderaan yang didaftarkan sebagai korporat, kakitangan dan ejen Amgeneral serta ahli keluarga mereka tidak dibenarkan untuk menyertai Kempen ini.

    1. Sekiranya pemenang yang dipilih bukan pelanggan kami, pihak penganjur berhak untuk memilih pemenang lain.

Pemilihan Pemenang-pemenang

  1. Pemenang-pemenang dengan slogan kata yang paling menarik akan dipilih setiap minggu selama 13 minggu berturut-turut. Satu cabutan istimewa untuk hadiah utama akan dibuat selepas tamat 3 bulan Tempoh Kempen ini.

  1. Untuk hadiah mingguan, ditetapkan sebanyak 500 penyertaan minimum untuk cabutan diadakan. Sekiranya penyertaan pada minggu tersebut tidak mencukupi, ia akan dibawa untuk cabutan pada minggu hadapan.

  1. Cabutan bertuah untuk hadiah utama akan diadakan pada 16 Oktober 2020 dan pengumuman pemenang akan diadakan pada 20 Oktober 2020.

  1. Hadiah-hadiah akan dihantar kepada pemenang-pemenang sebulan selepas pengumuman.

  1. Pemenang-pemenang untuk hadiah mingguan dan hadiah utama dipilih melalui cabutan bertuah berdasarkan slogan-slogan menarik yang diterima.

  1. Khidmat Mesra Pelanggan kami akan menghubungi pemenang-pemenang untuk kepastian maklumat dan penghantaran hadiah.

  1. Pengumuman pemenang akan dimaklumkan di laman sosial Facebook Kurnia Insurans pada tarikh pengumuman yang ditetapkan.

Hadiah-hadiah

  1. Hadiah-hadiah untuk cabutan mingguan:

Hadiah

Pemenang Hadiah Mingguan

Jumlah Hadiah

Padlock Motosikal Finland Shield

1

13

Helmet Motosikal

2

26

Bingkai Lesen Plat Motosikal

10

130

Baucar Petrol bernilai RM20  

10

130

  1. Untuk hadiah utama, peserta-peserta yang layak berpeluang untuk memenangi sebuah Motosikal Yamaha Y15ZR bernilai RM10,500.

  1. Pemilihan warna motosikal adalah tertakluk kepada stok yang ada. Sebarang penyelenggaran di masa hadapan hendaklah ditanggung oleh pemenang. AmGeneral tidak akan bertanggungjawab untuk segala perubahan mekanikal dan modifikasi terhadap warna dan rupa motosikal tersebut.

  1. Hadiah-hadiah yang diterima tidak boleh ditukar dengan hadiah-hadiah yang lain sepanjang Tempoh Kempen ini dan hak milik juga tidak boleh ditukar dengan pemenang yang lain.

Syarat-syarat lain

  1. Peserta bertanggungjawab untuk memastikan maklumat dan data peribadi yang diberikan kepada penganjur adalah lengkap untuk menebus hadiah.
     
  2. AmGeneral berhak untuk meminda terma dan syarat Kempen ini tanpa notis. AmGeneral berhak menamatkan atau menghentikan Kempen ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis dan tanpa menanggung sebarang liabiliti.

  1. Keputusan AmGeneral atas semua perkara berkaitan Kempen ini adalah muktamad dan pasti. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian berkenaan terma dan syarat Kempen ini dan/atau mana-mana bahan pemasaran atau promosi berkaitan Kempen ini, terma dan syarat Kempen ini tetap diguna pakai.

  1. Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi Khidmat Mesra Pelanggan kami di 1800-88-6333 untuk AmAssurance atau 1800-88-3833 untuk Kurnia.

Kami Pasti Ok Campaign Terms & Conditions (Eng)